Salam kepada semua....
Pertama sekali Kak Emo ingin meminta maaf kepada semua kerana hampir lebih seminggu Kak Emo menyepi diri dari reply email, pengeposan barang, pending reply sms, tidak mengangkat telefon, etc.
Hari ini baru Kak Emo 'bernafas' untuk memberikan penerangan, dan menguruskan segala pending orders, etc.
Kami sekeluarga sedang diduga dengan berita buruk yang menimpa suami dan disebabkan itu, kerana keadaannya agak kritikal Kak Emo perlu mengenepikan segalanya untuk mengutamakan urusan beliau (some of our friends tahu masalah ini, actually kurang manis untuk kak emo bercerita keadaan suami but Kak Emo berhutang explaination = suami Kak Emo tiba-tiba sakit serious yang memerlukan perhatian urgent).
Akibat dari itu, Kak Emo tak sempat online biz, ke sana ke mari sehinggakan tak sempat nak balas sms dan kadangkala jawab telefon kerana fully involve dalam masalah ini dan setiap hari keluar masuk hospital/ikhtiar luar termasuklah sabtu dan ahad. Sometimes, kak emo ada juga waktu, but waktu yang sekadar untuk kak emo merehatkan diri (melelapkan mata pada waktu hampir subuh, etc).
Kak Emo tak suka bercerita pasal keadaan kami, kerana ini adalah masalah yang bersifat peribadi tetapi kak emo perlu menjelaskan ini supaya tidak timbul salah faham menyangkakan kak emo 'main-main' atau endah tak endah dgn email dan orders/calls/sms.
Hari ini barulah kak emo berkesempatan untuk memberi penerangan kerana ada gap schedule dengan urusan rawatan suami.
So, buat masa ini dan kebetulan jamu-jamu juga sudah kehabisan (sementara menunggu stocks baru tiba) kak emo mohon untuk 'bercuti' supply jamu buat sementara supaya dapat memberi perhatian kepada urusan kesihatan suami (harap-harap sehingga minggu ini sahajalah hendaknya). InsyaAllah akan datang kak emo akan ada masa terluang...cuma waktu2 ini agak kritikal sedikit, so keutamaan kak emo ialah pada suami dan keluarga sekarang ini.
Kak Emo akan update status jamu semula when available. Kepada yang sudah mengorder, harap bersabar dengan urusan penghantaran yang terlalu banyak pending, kak emo akan cuba uruskan sepantas sedaya upaya yang ada.
Kak Emo juga mengucapkan ribuan penghargaan pada kawan-kawan dan pelanggan yang memberi moral support dalam menghadapi keadaan ini, malah terharu dengan sebahagian yang sanggup offer bantuan dari pelbagai segi kepada kami. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala kebaikan kalian......moga kalian dianugerahkan Syurga dan sentiasa di lindungi Allah SWT.
...until then....
Tuesday, March 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





0 comments:
Post a Comment