Sempena AidilFitri yang bakal menjelma beberapa hari lagi, kak emo ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada semua atas kelemahan di pihak kami, sekiranya ada terkasar bahasa, terlambat menjawab sms dan email, terlewat penghantaran, dsbgnya, mohon ampun dan maaf.
Semoga persahabatan dan perhubungan bertambah erat.
Juga di sini kak emo ingin memohon maaf kepada yang sudah pre-order jamu, sepatutnya semua dah dapat tetapi malangnya ada masalah sedikit berkaitan dengan stocks kapsul yang tidak cukup, maka semua yang tertangguh insyaAllah akan cuba diatasi seminggu selepas raya. Kami akan cuba menyiapkan segalanya seminggu selepas raya.
Harap maklum dan mohon maaf sangat-sangat pasal masalah stocks jamu ini.
Kepada yang memandu untuk balik kampung, berhati-hati apabila memandu....pandu cermat, jiwa selamat....
Kak Emo doakan semoga AidilFitri tahun ini membawa beribu rahmat untuk kita semua, amin.
p/s akan beroperasi semula 5hb September, 2011





0 comments:
Post a Comment